Siakap Keli

Kemalangan Dan Meninggal Pada Malam 1 Ramadan, Pemergian ‘Rider’ KFC Buat Rakan Terkesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai orang awam yang hanya duduk di rumah pada musim PKP ini, kita semestinya berkesempatan untuk menunaikan solat terawih pertama di bulan Ramadan bersama seisi keluarga.

Pun begitu, pada mereka yang masih berada di luar merisikokan diri mereka demi masyarakat, peluang tersebut pastinya sukar untuk dirasai.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @aimanomist, salah seorang daripada rakannya yang bertugas sebagai penghantar makanan merupakan insan yang tidak berkesempatan untuk merasai peluang berterawih bersama keluarga di rumah.

Menurutnya, rakannya yang bekerja sebagai penghantar makanan itu telah terlibat dalam satu kemalangan maut ketika sedang bertugas.

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh rakannya itu, arwah merupakan seorang penghantar makanan yang berkhidmat untuk KFC. Arwah, Daniel Dzaqi baru sahaja berumur 21 tahun.

Menurut perkongsian itu, arwah dilanggar kereta semasa sedang menjalankan tugas menghantar makanan. Pemergiannya amat memilukan lebih lagi ketika orang lain sedang menyambut malam pertama Ramadhan.

Lebih menyedihkan lagi, arwah sempat memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya dengan menyatakan dirinya takut kerana keadaan sudah menjadi gelap ketika itu.

Susulan daripada berita sedih itu, ramai kawan-kawan arwah terkejut dengan insiden itu dan menzahirkan salam takziah serta berdoa agar roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa