Hancur hati seorang isteri apabila menemui surat terakhir suaminya yang meninggal dunia akibat koronavirus COVID-19.
Katie Coelho menemui surat ditinggalkan mendiang suaminya, Jonathan di dalam telefon setelah mendiang meninggal dunia 22 April lalu di sebuah hospital di Connecticut, Amerika Syarikat.
Berikut adalah isi surat tersebut.
Katie menemui surat tersebut ketika memindahkan gambar-gambar di dalam telefon suaminya. Pasangan yang mula berkenalan sejak kolej itu kini mempunyai dua orang cahaya mata, Braedyn, 2 dan Penny, 10 bulan.
Braedyn dilaporkan mempunyai masalah cerebral palsy, membuatkannya memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa.
Pasangan itu berbual kali terakhir pada 29 Mac sebelum Jonathan tidak sedarkan diri selama 20 hari dan meninggal dunia.
Jonathan yang merupakan seorang lelaki sihat sebelumnya dipercayai dijangkiti virus setelah menjadi kontak rapat seorang pesakit pada 23 Mac lalu.
“Hati saya bukan retak, tapi hancur. Saya dan anak-anak akan menjalani hidup kami tanpa Jonathan,” kata Katie.
Sumber: The Sun UK