Siakap Keli
Kredit: Nurainie Haziqah

Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai pekerja yang kehilangan sumber rezeki akibat virus yang melanda. Jika sebelum ini tular kisah seorang lelaki yang berjalan kaki pulang ke Kelantan setelah hilang pekerjaan, kali ini kisah lelaki Pakistan yang terpaksa berlapar lima hari pula menarik perhatian.

Dalam perkongsian seorang aktivis dan pengasas Happy Bank Crew, Nurainie Haziqah, seorang lelaki warga asing telah menghubunginya berkali-kali bagi meminta bantuan.

“Beberapa hari lepas, ada seorang Pakistan hubungi saya. Tapi sebab sibuk sangat haritu, (anda boleh tengok saya ada 435 mesej belum dibaca), jadi kadangkala saya terlepas pandang mana-mana mesej macam ni, atau tak sempat arkib kadang tu. Tapi dia terus misscall saya,” tulisnya.

Menurut Haziqah, lelaki itu menghubunginya berulang kali bagi meminta pertolongan. Dia dikatakan terkandas bersama rakannya dan tidak mempunyai makanan selama lima hari.

Walaubagaimanapun, mereka tetap berpuasa dan hanya berkongsi roti kosong.

“Lepas Asar, saya telefon dia. Dia menangis. Dia kata, dia cuba meminta (bantuan) tapi tiada sesiapa boleh tolong,” kongsi Haziqah.

Tanya jika boleh pinjam RM30

“Dia tanya jika boleh pinjam RM30. Saya tanya dia kerja apa, buat apa sekarang dan sewa macam mana. Katanya, dia langsung tak ada duit dan tuan rumah cukup baik tak ambil bayaran rumah. Kalau ada duit, bayar. Tapi tak ada duit untuk diberi supaya dia boleh beli makanan. Dia cuma potong rumput.”

Beri RM50

Haziqah kemudiannya memindahkan RM50 kepada lelaki tersebut. Tanpa membuang masa, lelaki itu keluar membeli makanan untuk berbuka puasa.

“Selama ni dia hanya makan roti selama lima hari tak makan.”

Ini sebabnya saya tak suka cakap makanan tak sedap, tak suka bazir makanan

Kisah dikongsikan Haziqah telah menjentik hati orang ramai agar sentiasa bersyukur dan tidak lupa kepada orang lain yang lebih sukar, tidak kira siapapun mereka.

Sama dengan jiran Bangladesh di rumah, seminggu tak makan

Prihatin dengan warga asing sekitar rumah

Sementara itu, ada juga netizen yang secara aktif membantu golongan tersebut.

Di samping itu, bagi anda yang ingin menyumbang, anda boleh salurkan dana ke Happy Bank Crew bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber: Nurainie Haziqah

Amira

Love yourself.