Siakap Keli

Covid-19: 8 Negara Rekod Bilangan Lebih 100 Ribu Kes Positif Covid-19, Amerika Cecah 1 Juta

Kadar peratusan kes jangkitan COVID-19 adalah 32.86% atau 1,068,696 yang tertinggi adalah dari Amerika Syarikat. Terdapat 8 negara yang mempunyai kes 100 ribu ke atas.

Antara 8 negara tersebut adalah, Amerika Syarikat (1.o6 juta) diikuti dengan Sepanyol iaitu 213,435 kes. Manakala, Itali mencatat bilangan kes cecah 200,000 ribu serta dibawahnya adalah United Kingdom, Perancis, Jerman dan Turki serta Rusia.

Kadar kematian tertinggi adalah 15.65% dari negara Belgium dan diikuti dengan negara United Kingdom dengan kadar peratusan kematian 15.56%.

Jika anda melihat gambar rajah di atas, jumlah keseluruhan kes bagi 186 buah negara yang terlibat dengan jangkitan wabak Covid-19 ini mencecah 3,251,925 juta. Oleh yang demikian sebanyak 233,014 kes kematian dilaporkan serta daripada jumlah keseluruhan terdapat 986,464 kes telah sembuh.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang