Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Tanpa Ibu Dan Ahli Keluarga Lain, Hanya Datuk Dan Imam Kampung Iringi Jenazah Bayi Baru Lahir

Saban hari, media sosial sentiasa dihujani dengan pelbagai kisah kebaikan yang boleh memberi inspirasi dan teladan yang baik kepada umum.

Abam Botak juga tidak terlepas dalam berkongsi segala bantuan yang diberikannya kepada orang ramai yang tidak berkemampuan menguruskan jenazah ahli-ahli keluarga.

Menerusi kiriman terbarunya, beliau berkongsi mengenai jenazah seorang bayi yang baru dilahirkan. Lebih sayu, disebabkan ibu kepada bayi itu masih lagi sakit di hospital, hanya datuknya sahaja yang menemaninya ke tempat persemadian.

RAMADHAN SAYU

Sudah masuk seminggu Ramadhan kita. Sungguh tidak terasa masa berjalan begitu pantas.

Sepanjang 7 hari itu jugaklah saya dan team Abam Botak tanpa putus bersama waris-waris jenazah menguruskan urusan terakhir sebatang jasad bernama manusia didunia ini.

Puasa ke 7, kami menerima panggilan dari 4 waris yang memerlukan khidmat kami. Alhamdulillah, Tuhan izinkan kami berkhidmat kepada mereka semua tanpa sebarang masalah. Tuhan permudahkan semuanya. Dari awal hingga akhir.

Sekali lagi, kami menerima jenazah seorang bayi yang baru dilahirkan. Sekali lagi Tuhan izinkan kami membantu menguruskan jenazah anak syurga. Ibunya, masih bertarung kesakitan di wad hospital. Pakciknya tengah parah dikaki akibat digigit anjing. Ayahnya entah menghilang ke mana. Yang hanya menemani anak syurga ini ke tanah persemadian hanyalah atuknya dan seorang imam kampung.

Gambar:Abam Botak

Jangan “bersedih” sayang, syurga sudah pasti buatmu. Walau tak ramai yang mengiringi perjalanan akhirmu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Tuhan.

AlFatihah (dibaca) untuk mereka yang telah pergi menghadap Illahi. Lagi lagi pada bulan mulia Ramadhan ini. Saya berdoa agar mereka semua ditempatkan ditempat yang mulia disisi Tuhan. Dan diterima semua amalan mereka.

Amiin ya rabbal alamin.

——————

#KitaJagaKita

Sumber: Abam Botak

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa