Siakap Keli
Kredit: Working with Wildlife

(Video) Tak Sangka, Begini Rupanya Bunyi Anak Badak Sumbu, Comel Tak Seperti Dibayangkan

Siapa sangka, haiwan besar yang kelihatan menakutkan ini sebenarnya mempunyai bunyi yang unik dan comel dengan caranya tersendiri.

Dengan badan badak sumbu dewasa boleh mencapai saiz 3.7 hingga 4 meter dan berat sekitar 1.4 hingga 2 tan, ramai mungkin berfikir ia haiwan yang ganas dan tiada ‘sisi comel’.

Pasti ramai antara kita yang tidak pernah mendengar bunyi anak badak sumbu, bukan? Jom kita lihat ‘telatah’ anak haiwan gergasi ini memanggil pekerja zoo setelah kehabisan susu. Comel!

Menurut Working with Wildlife, anak-anak badak sumbu ini telah kehilangan ibu mereka yang dibunuh pemburu di Afrika Selatan.

Mereka kemudiannya diambil dan dipelihara di Tempat Perlindungan Badak Sumbu Liar Afrika, pusat jagaan anak badak sumbu yang terbesar di dunia.

Seekor anak badak sumbu boleh mencecah ketinggian 60 inci pada bahu hadapan dengan panjang 10 kaki manakala tanduknya akan muncul dalam tempoh beberapa bulan.

Tempoh kehamilan bagi badak sumbu ialah 15 hingga 16 bulan.

Haiwan ini merupakan antara spesies yang terancam dengan hanya sekitar 27,000 ke 30,000 ekor sahaja yang masih hidup setakat ini.

November lalu, badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia bernama Iman telah mati akibat masalah kesihatan.

Sumber: Working With Wildlife, Reader’s Digest, Des Moines

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.