Siakap Keli
Kredit: Bernama

Boleh Tinggal Di Kampung Sehari Dua Jika Tak Sempat Pulang Semula Ke Kediaman Asal Di KL- Ismail Sabri

Orang ramai yang terlibat perjalanan jauh merentasi negeri dari Kuala Lumpur pada 7 Mei dibenarkan tinggal sehari dua di kampung mengikut jadual perjalanan disediakan pihak polis, jika tidak sempat untuk pulang ke lokasi asal mereka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini.

Katanya, kelonggaran itu diberikan kepada individu yang pulang mengambil ahli keluarga di kampung yang jauh, misalnya dari Kuala Lumpur ke Pahang.

“Mungkin mereka ingin tinggal satu dua hari di kampung, mereka boleh balik berdasarkan jadual dikeluarkan pihak polis.

“Contohnya mereka ambil anak mereka di Pahang. Pahang telahpun ditetapkan tarikh untuk pergerakan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

“Jika mereka balik esok, mereka boleh stay satu atau dua hari dan bawa balik anak mereka di Kuala Lumpur berdasarkan tarikh disediakan,” katanya.

“Tetapi kami mengalakkan supaya mereka balik (ke kampung), dan terus balik ke Kuala Lumpur,” tambahnya.

Kebenaran itu diutamakan kepada mereka yang jauh dari kampung dan mestilah memaklumkan melalui Gerak Malaysia tentang tarikh mereka pulang ke Kuala Lumpur.

Video bermula pada minit 6.15.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.