Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Satu Kluster Dikenalpasti 2 Mei, Babit 53 Pekerja Kilang Warga Asing Di Pedas, Rembau

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Rembau telah dikenalpasti pada 2 Mei yang lalu.

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April 2020.

Beliau telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan saringan ujian COVID-19 telah dijalankan pada 10 April 2020. Pada 12 April 2020, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif.

Siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan tersebut telah dijalankan. Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring yang terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka.

Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu:

• 25 kes warga Nepal;
• 18 kes warga Bangladesh;
• Lapan (8) kes warga Indonesia; dan
• Dua (2) kes warga Myanmar.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa