Siakap Keli

(Video) Dua Kali Hampir Dirempuh, Lelaki Berdepan Detik Cemas Lepas Hentikan Kereta Dalam Terowong

Seorang lelaki nyaris terbunuh sebanyak dua kali selepas dia bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah kesibukan trafik terowong lebuh raya hanya kerana untuk memeriksa tayar keretanya sahaja.

Rakaman yang mendebarkan itu memaparkan kereta yang melalui jalan tersebut merempuh belakang keretanya ketika lelaki itu semasa dia cuba untuk menyelamatkan dirinya.

Insiden tersebut telah berjaya dirakam oleh CCTV yang terdapat di terowong Qinyuanling yang terletak di kawasan pergunungan di daerah Zhejiang, timur negara China.

Dalam video tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda berwarna putih telah bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah jalan dalam terowong lebuh raya. Tak lama kemudian, pemandunya dilihat keluar daripada keretanya itu untuk memeriksa tayar belakangnya.

Kenderaan lain yang datang dari arah belakang kereta tersebut terpaksa mengelaknya satu persatu. Keadaan mula bertambah buruk apabila terdapat kenderaan yang tersangkut di belakang kenderaan lelaki tersebut.

Dua kenderaan yang dilihat tidak dapat mengelak daripada situasi itu telah menyebabkan aliran trafik menjadi terganggu seterusnya telah menyebabkan tercetusnya kemalangan.

Kerana risau akan keselamatannya, lelaki tersebut cuba menyelamatkan dirinya menuju ke bahagian pinggir jalan tersebut sebelum nyaris dilanggar oleh sebuah kereta lain yang melalui jalan berkenaan. Dia kemudiannya kelihatan merangkak sambil menuju ke kawasan parkir kecemasan yang terdapat pada jalan itu.

Dua pemandu kereta yang merempuh kereta lelaki tersebut kemudiannya keluar daripada kenderaan mereka dan terus menuju ke kawasan yang lebih selamat. Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta lagi telah merempuh pintu kereta lelaki berkenaan. Mujur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden itu.

Siasatan awal dari pihak polis mendapati bahawa kereta kedua yang mengekori kereta yang telah merempuh kenderaan lelaki berkenaan bertanggungjawab atas kemalangan itu kerana terlampau rapat mengekori kereta di bahagian depannya.

Pihak polis juga mendapati bahawa kereta putih itu sebenarnya tiba-tiba sahaja rosak dan tujuan lelaki itu keluar daripada kereta hanyalah untuk memasang tanda segitiga kecemasan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 5 Mei dan telah mendapat liputan meluas daripada pihak media.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.