Siakap Keli
menipu balik kampung
Kredit: Bernama

“Tidakkah Tragik & Sedih Kalau Anda Atau Anak-anak Bawa Virus Kepada Ibu Bapa, Atuk Nenek Yang Dah Tua?”- Dr. Jemilah Mahmood

Perjalanan rentas negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Hanya perjalanan atas sebab tertentu yang munasabah sahaja dibenarkan atas keizinan pihak polis.

Bagi memudahkan rakyat yang terperangkap di kampung halaman untuk pulang ke kediaman asal, kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri secara berperingkat selama empat hari kepada orang ramai melalui Gerak Malaysia.

Namun begitu, ada desas-desus wujudnya golongan yang mengambil kesempatan ini untuk menipu anggota keselamatan semata-mata untuk pulang beraya. Khabar ini turut sampai kepada Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Dr Jemilah Mahmood.

Saya dengar ramai yang plan untuk balik kampung beraya dan menipu dalam memberi sebab perjalanan. Warga emas mempunyai risiko amat tinggi.

Tidakkah tragik dan sedih kalau anda atau anak-anak membawa virus kepada ibu bapa atuk nenek yang sudah tua? Fikir baik-baik. Raya setiap tahun ada,” pesannya ringkas.

Kenyataan itu turut dipersetujui orang ramai yang menyifatkan kedegilan itu satu tindakan yang merugikan diri sendiri.

Kalau sayang keluarga, jangan balik

Lihat apa yang berlaku di Iran.

Negara itu kini mempunyai kira-kira 106,220 kes positif COVID-19 dengan 6,589 kematian.

Dari dapat beraya lagi bersama tahun depan, tiba-tiba mereka ‘pergi’ sebab kedegilan

Sanggup korbankan orang tua dari korbankan raya

Sumber: Dr Jemilah Mahmood, Worldometer

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.