Siakap Keli

Jangan Mandi Selepas Makan Antara 5 Perkara Yang Perlu Anda Elak Semasa Perut Kenyang

Menjadi kebiasaan untuk sebilangan orang mandi sejurus selepas makan. Terutama sekali semasa bulan Ramadan apabila selepas selesai berbuka puasa ramai akan membersihkan diri untuk menjalankan ibadah wajib.

Namun, sebenarnya mandi sejurus makan merupakan tabiat yang tidak sihat dan akan menganggu sistem pencernaan tubuh anda.

Ikuti perkongsian helloDOKTOR yang ada menjelaskan 5 perkara yang anda perlu elakkan semasa perut kenyang.

Ada beberapa perkara yang perlu anda elak semasa perut kenyang, antaranya seperti mandi selepas makan. Tapi kenapa? Ikuti penjelasan dalam perkongsian artikel ini.

Tabiat mandi selepas makan

Dengan kekangan masa dan pelbagai tugasan perlu dilakukan, tanpa disedari anda sering melakukan tabiat yang tidak sihat. Contohnya seperti gemar mandi sejurus selepas makan.

Anda mungkin berasa ia 1 perbuatan yang tidak mendatangkan sebarang masalah. Malangnya, tabiat tersebut boleh memberikan kesan kepada kesihatan anda.

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.