Siakap Keli

HUAWEI Y6P Lengkap Dengan Gaya, Bateri Dan Skrin Besar, Hanya RM559 Sahaja

Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sudah semestinya korang ingin simpan segala memori bersama keluarga, rakan-rakan dan sanak saudara dalam phone canggih korang. Tapi, itu lah telefon pula buat hal, jadi terpaksa beli telefon pintar yang baharu dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang dijamin hebat.

Bila sebut saja pasal telefon pintar, mesti banyak jenama-jenama yang hebat di pasaran. Namun, kalau korang nampak je jenama HUAWEI dekat Malaysia ni, mesti ramai yang tertunggu-tunggu sebab harga yang sangat berpatutan dan paling penting, harga tidak setanding kualiti yang sangat hebat dengan teknologi terkini.

Meh sini, kami jelaskan kenapa korang patut dapatkan HUAWEI Y6P untuk lebih ‘bergaya besar’ di hari raya Aidilfitri nanti.

1. Kapasiti Bateri Besar 5, 000 mAh

 

Korang percaya atau tidak yang HUAWEI Y6P hadir dengan kapasiti bateri bersaiz 5,000 mAh yang membolehkan penggunaan sehingga lebih dari 10 jam yang pernah direkodkan oleh HUAWEI Y9s sebelum ini dengan kapasiti hanya 4,000 mAh sahaja. Ia termasuk dengan penggunaan internet dan permainan video lebih 9 jam dan mendengar muzik sehingga 1 jam tanpa henti setiap hari. Memang besar giler!

Keupayaan bateri yang besar ini pastinya membantu korang menyerikan lagi dengan video dan gambar-gambar sebagai memori terindah yang dikongsikan bersama keluarga tercinta di hari raya.

2. ‘Style OOTD’ Yang Besar

Bukan itu sahaja, korang dapat ber ‘OOTD’ dengan rekaan yang unik oleh HUAWEI Y6P dihadirkan dengan tiga warna yang berbeza. Reka bentuk dan warna menambah lagi daya tarikan untuk rekaan Y6P ini.

  • Emerald Green

  • Phantom Purple

  • Midnight Black

3. Skrin Besar 6.3-inci 

Tidak cukup dengan bateri berkapasiti besar, HUAWEI Y6P turut didatangi dengan skrin yang besar bersaiz 6.3 inci dan resolusi 1,600 x 720 bersama teknologi TFT LCD yang memberikan paparan yang jelas, warna yang lebih menarik dan pengalaman yang begitu menarik.

Senang untuk korang yang sukakan skrin yang jelas ketika berswafoto bersama ahli keluarga atau mengambil video sebagai kenangan di hari perayaan yang penuh suka dan duka.

Ye lah, HUAWEI Y6P juga memberi kualiti gambar yang menarik dengan paparan yang mempunyai takut kecil yang memuatkan lensa berswafoto 8MP. 

Untuk kamera belakang pula, korang boleh menikmati 13MP utama untuk bergambar dengan seluruh ahli keluarga, 5MP sudut lebar dan 2MP depth. Jangan risau, peranti ini juga dihadirkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. 

Malah, kalau korang ‘kaki’ TikTok juga akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan kerana setiap pergerakan dan tindakan dapat ditangkap dengan jelas.

4. Mempunyai Kapasiti Storan Sehingga 64GB Tambahan Lagi 15GB

Korang dah tak perlu risau untuk simpan gambar dan video dalam peranti korang kerana HUAWEI Y6P berkapasiti besar sehingga 64GB dan tidak cukup dari itu ada tambahan pula sebanyak 15GB. Korang boleh simpan gambar dan video sebanyak yang boleh tanpa memikirkan storan cukup atau tidak. 

Seperti peranti HUAWEI yang lain juga, ia hadir dengan AppGallery melalui perisian EMUI 10.1 berasaskan Android 10.

Dalam aplikasi tersebut mempunyai banyak aplikasi penting dan menarik termasuklah Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi di AppGallery!

Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.

Jadikan, sekarang korang mesti dapatkan HUAWEI Y6P anda sekarang bersama dengan HUAWEI Matepad T dan HUAWEI Band 4 Pro dengan hanya RM 3.69 sehari. Untuk maklumat lanjut korang tekan di sini. 

Bersempena dengan Ramadan kali ini, HUAWEI memberi pelbagai ganjaran menarik kepada pelanggannya iaitu dengan promosi besar untuk pelbagai produk daripada telefon pintar, tablet, komputer riba dan pembesar suara. Kalau korang beli salah satu peranti ini, korang akan dapat hadiah percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai promo ini yang bermula pada 16 Mei 2020, korang tekan di sini. 

Tunggu apa lagi, korang boleh dapatkan HUAWEI Y6P pada harga RM 559 di laman rasmi HUAWEI sekarang! Atau untuk maklumat lanjut tentang AppGallery, korang tekan disini

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang