Siakap Keli

Jururawat Hamil Dipercayai Dijangkiti COVID-19 Dilaporkan Meninggal Dunia Di Indonesia

Seorang jururawat bertugas di Hopsital Royal Surabaya yang sedang hamil dipercayai dijangkiti COVID-19 dan berstatus Pesakit Dalam Pengawasan dilaporkan meninggal di Indonesia.

Menurut laporan portal Kompas.com, mangsa, Ari Puspita Sari dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 10.15 pagi waktu tempatan.

”Informasi yang kami dapat, mangsa memang hamil tetapi tidak dapat dipastikan usia kandungannya,” kata jurucakap hospital.

Kata jurucakap itu lagi, hasil ujian saringan COVID-19 mangsa masih belum diketahui namun jururawat malang itu mempunyai simptom-simptom jangkitan virus berkenaan.

Mangsa sebelum ini dilaporkan bertugas di wad pesakit biasa, bukan di wad merawat pesakit COVID-19.

Bagaimanapun sebagai langkah-langkah pencegahan, semua jururawat dan doktor yang pernah merawat mangsa kini diasingkan dan diarah menjalani ujian saringan COVID-19.

Turut tular di media sosial adalah satu rakaman video yang dikaitkan dengan mangsa, bagaimanapun kesahihan video berkenaan tidak dapat dipastikan.

Berita kematian mangsa turut dimuat naik oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa di akaun Instagramnya.

Sumber: Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.