Siakap Keli

(Video) Rakaman Video Tular Jenazah Seperti Melambai Tangan Dari Dalam Keranda

Sebuah rakaman video viral seorang jenazah dipercayai seperti sedang melambaikan tangannya dari dalam keranda ketika proses pemakaman dilakukan.

Menurut laporan, kejadian itu dikatakan berlaku di Manado, Sulawesi Utara pada 5 Mei lalu.

Kejadian itu berlaku ketika bacaan doa dibuat. Ketika lensa kamera itu difokuskan kearah kaca keranda putih itu, kelihatan ada tangan dan jari yang sedang bergerak-gerak seolah-olah sedang melambai-lambai.

Video itu walau bagaimanapun telah mengundang perdebatan di media sosial yang rata-rata mempersoalkan, adakah gerakan itu benar-benar berlaku atau ia hanyalah kesan atau ‘effect’ kamera.

Sumber: KOMPAS

Nur Farra