Siakap Keli
Gambar: Arab News, CNN

(Video) Mempunyai 250,000 Pengikut Di Youtube, Wanita Ini Antara ’Game YouTuber’ Tertua Di Dunia

Seorang wanita berusia 90 tahun di Jepun yang terkenal dengan kemahiran permainan video kini diakui sebagai YouTuber permainan video yang tertua di dunia oleh Guinness World Records.

Dikenali sebagai ‘Gamer Grandma’, Hamako Mori mempunyai 250,000 pengikut di YouTube sejak mula bermain permainan video 39 tahun lalu. Saluran YouTube Hamako Mori dicipta pada 2015 dan dia memuatnaik hingga empat video sebulan.

Gambar:CNN

Dalam videonya, dia melakukan kesemuanya dari membuka kotak konsol baru sehingga menyiarkan permainannya.

“Setelah hidup selama ini, saya merasakan bahawa bermain permainan merupakan pilihan yang tepat. Saya betul-betul menikmati hidup saya.

Mori mengekalkan sifat humornya di dalam video. Salah satu videonya bertajuk ‘Elder Plays Elder Scrolls V Skyrim’ yang merujuk kepada tajuk permainan peranan fantasi yang popular.

Gambar:CNN

Mori juga telah mengumpulkan pelbagai konsol selama beberapa dekad. Yang pertama yang dimilikinya ialah Cassette Vision yang dilancarkan di Jepun pada 30 Julai 1981.

“Ia kelihatan sangat menyeronokkan dan saya fikir tidak adil jika hanya kanak-kanak yang bermain permainan tersebut.

Sumber: CNN 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa