Siakap Keli
FOTO: ALJAZEERA

Kota Makkah Dibuka Semula Bermula 31 Mei 2020 Dengan Syarat-Syarat Yang Ketat

Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan pembukaan masjidil Haram untuk kegunaan solat Jumaat kepada penduduk dengan masa yang ditetapkan berikutan tempoh berkurung yang ditetapkan hingga 21 Jun bagi membendung wabak Covid-19.

Setiap masjid perlulah dibuka awal 20 minit sebelum waktu dan selepas 20 minit solat Jumaat selesai masjid tersebut akan ditutup.

Berikutan dengan itu, kerajaan Arab Saudi juga telah melonggarkan syarat dengan pembukaan Kota suci Makkah kepada penduduk untuk kembali kehidupan seperti biasa tetapi mengikut syarat yang ditetapkan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula pada 31 Mei 2020 dan prosedur kelaur masuk Makkah dibenarkan hanya dari pukul 6 pagi hingga 3 petang sahaja.

Sementara itu, untuk fasa kedua akan bermula pada 21 Jun iaitu penduduk dibenarkan berada di tempat awam sekitar jam 6 pagi hingga 8 malam.

Semua aktiviti perniagaan, pergerakan bebas antara wilayah termasuklah pusat membeli belah dibenarkan untuk dibuka kecuali perniagaan gunting rambut masih tidak boleh dijalankan.

Selain itu, perhimpunan sosial lebih daripada 50 orang masih lagi dilarang termasuklah majlis perkahwinan dan pengebumian.

Para jemaah seluruh dunia yang akan menziarahi dan mengerjakan umrah di Kota Makkah masih belum ada kata putus daripada kerajaan dan akan terus ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sumber: Aljazeera

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)