Siakap Keli

Remaja Lumpuh, Pekak Dan Bisu Cuba Rompak Kedai Barang Kemas

Seorang remaja lumpuh, pekak dan bisu di Brazil didakwa cuba merompak sebuah kedai barang kemas dengan menggunakan pistol palsu yang dipegang menggunakan kakinya. Kejadian berlaku pada Isnin petang di Canela, Brazil.

Remaja tersebut meletakkan nota dalam bahasa Portugis yang bermaksud “Serahkan semuanya, Jangan beri perhatian” di atas kaunter kedai.

Kejadian yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup itu dikongsi kepada umum dan telah menerima banyak tontonan.

Menurut laporan pekerja kedai, dia menyedari suspek telah berada di kedai selama kira-kira 10 minit sebelum menyerahkan nota dan mengacu pistol kearahnya.

Pekerja itu menganggap nota tersebut sebagai bahan gurauan kerana keadaanya yang hanya berkerusi roda.

Seorang pelanggan yang juga berada dalam premis terebut pada awalnya menghulur duit kepada remaja tersebut kerana menganggap dia seorang pengemis.

“Dia mengeluarkan pistol menggunakan kakinya. Pistol itu nampak seperti pistol yang betul.” katanya kepada wartawan.

Tetapi cubaan merompak remaja tersebut tidak berjaya kerana berjaya ditangkap oleh polis selepas menerima laporan dari orang yang berdekatan kedai barang kemas tersebut

Remaja tersebut telah disoal siasat dengan bantuan ahli keluarga itu namun telah dibebaskan dari tahanan.

Sumber: Dailymail.uk

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.