Siakap Keli

Deco Bilik Estetik ”Low Budget”, Tak Perlu Barang Mahal-Mahal Tetap Nampak Cantik

Bagi yang minat dengan dekorasi, pasti mereka mempunyai tema-tema tertentu yang menjadi pilihan hati.

Jika yang suka akan alam semulajadi, tema hijau dedaunan dan corak kayu adalah pilihan utama.

Begitu juga bagi yang suka dengan minimalis, mereka akan memilih konsep dekorasi yang lebih ringkas dan tidak terlalu serabut.

Namun, bagaimana pula jika tinggal di dalam satu bilik atau rumah kecil yang sempit?

Sebenarnya, sekecil mana pun ruang itu tetapi jika kita ada kreativiti yang tinggi, InsyaAllah tidak akan jadi masalah.

Seorang warga Twitter dari Indonesia yang menggunakan nama Alan, berkongsi beberapa tips gaya dekorasi yang ringkas dan digunakan di ruang biliknya sendiri.

Mari kita baca thread dan gambar ini satu-persatu.

Gaya estetika versi bajet rendah

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi, Alan mungkin tinggal dalam sebuah rumah yang kecil.

Ruangnya juga tidak luas, cukup hanya dia seorang yang tinggal di situ.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Kemas kan?

Ringkas sahaja ruang tidurnya.

Elemen dinding tanpa cat itu juga sangat menarik.

Gambar: Twitter

Di bahagian meja hiasan, Alan menggunakan pembesar suara yang sudah tidak digunakan lagi.

Hanya dilampirkan kain pelikat di atasnya sebagai alas.

Gambar: Twitter

Meja kecil di atas ini pula dia buat sendiri.

Mungkin juga dijadikan sebagai meja makan.

Gambar: Twitter

Boleh lihat gambar ini dengan lebih jelas.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Alan menjelaskan, pokok-pokok hiasannya hanya dibeli di kedai tepi jalan sahaja dengan kos beranggaran RM3 ke RM5 setiap satu (beserta pasunya sekali).

Manakala bagi bingkai lukisan, dia hanya cetak dari komputer sahaja.

Bingkai tersebut hanya memerlukan kadbod hitam sebagai latar belakang dan salotape.

Ada lagi tapi baru ditempah, iaitu permaidani.

Ringkasan kos dekorasinya adalah seperti berikut:

Dekorasi + pokok hiasan + pasu = RM21 (anggaran)

Bingkai gambar hiasan + kadbod + salotape = RM3

Permaidani = RM22

Jumlah keseluruhan kos dekorasi hanyalah sekitar RM46 sahaja.

Sangat murah.

Menurut Alan lagi, bagi memastikan ruang biliknya yang kecil itu benar-benar selesa dan boleh dimanfaatkan sebaiknya, dia telah mengasingkan pakaian yang perlu sahaja untuk digantung di sudut gantungan ini.

Jelas Alan,

“Sebenarnya saya tidak kisah pun ia (tema dekorasi) cantik ataupun tidak. Yang penting, ia boleh buat saya selesa dan bersih. Masalah cantik atau berseni itu bergantung pada bagaimana kreativiti dan kepintaran kita mendekorasi. Kebetulan saya juga suka tanaman (pokok). Jadi tema dekorasi yang saya pilih adalah tropikal,”

Dalam pada itu, ada segelintir yang mengatakan ruang biliknya itu lembab, mungkin kerana nampak sempit.

Bagaimanapun Alan menafikan dakwaan itu kerana konsep reka bentuk biliknya terdedah dengan sumber cahaya matahari, melalui tingkap yang besar (rujuk gambar di atas).

Jadi cahayanya cukup untuk menerangi ruang dalam bilik pada waktu siang.

 

Alan mula mendekorasi biliknya sejak perintah berkurung dijalankan di sana.

Jadi, disebabkan tidak keluar rumah, mungkin ketika itu timbul ideanya untuk membuat dekorasi sebegitu.

Hasilnya, seperti apa yang anda lihat sebentar tadi. Cukup kemas, ringkas dan selesa biarpun tidak luas mana.

Mungkin konsep dekorasi ini kita boleh praktikkan di rumah kita sendiri. Yang penting bak kata Alan, asalkan kita ada kreativiti dan kepintaran. Selamat mendeko semua.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'