Siakap Keli

Masjid Al-Aqsa Bakal Dibuka Semula Ahad Ini

Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, akan dibuka semula setelah ditutup selama dua bulan kerana penularan pandemik COVID-19.

Pengarah masjid, Omar Al-Kiswani melaporkan semua pintu perkarangan masjid akan dibuka untuk para jemaah pada hari Ahad waktu subuh.

Khalil Assali, jurucakap Wakaf Islam menasihati orang ramai yang datang ke Masjid Al-Aqsa harus mematuhi langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

“Kami telah menasihati pengawal Al-Aqsa agar sentiasa berjaga-jaga di pintu masjid dan mengelakkan kesesakan.”

Beliau juga menambah, segala persiapan yang diperlukan unutk memastikan keselamatan jemaah diutamakan telah dibuat.

“Seluruh kompleks Al-Aqsa telah dinyahkuman dan jarak setiap jemaah semasa solat juga telah di tanda.”tambahnya

Masjid yang menjadi kiblat pertama bagi umat Islam itu menutup pintu kepada umum untuk pertama kalinya pada 15 Mac lepas. Hal ini sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan penyebaran virus korona yang telah  menjangkiti lebih 5.5 juta orang di seluruh dunia.

Namun, dengan jumlah kes positif yang mula menurun di Palestin, pihak kerjaan mula mengurangkan sekatan pergerakan dan telah buka beberapa rumah ibadah.

Sumber: Timesofindia, Arabnews

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.