Siakap Keli

“Frontliners” Hulur Tangan, Polis Bantu Lelaki Tergesa-Gesa Kutip Limau Nipis Jatuh Atas Jalan Yang Takut Gajinya Dipotong

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini masih lagi berkuatkuasa sehinggalah pada 9 Jun nanti.

Meskipun arahan berkawal sudah dilonggarkan, namun pihak polis masih tetap perlu bertugas demi menjaga keselamatan awam.

Sekatan jalan raya bagi Ops COVID-19 masih diteruskan dengan pengawalan ketat di sempadan-sempadan negeri agar tidak ada individu yang melanggar undang-undang dengan merentas negeri.

Gambar sekadar hiasan.

Baru-baru ini, satu kejadian menyentuh hati berlaku di sebuah sempadan negeri di Pahang, di mana seorang penunggang motosikal didakwa berpatah balik sebelum melintasi kawasan sekatan jalan raya.

Namun, penunggang tersebut bukanlah mahu lari dari sekatan tersebut, tapi rupa-rupanya ada sebab lain.

Kisah benar ini dikongsikan di halaman Facebook JSJ Kontinjen Pahang semalam.

Limau Nipis Di Jalanan

Semasa dalam #OpCovid19, pasukan pemantau JSJ IPK Pahang terserempak dengan sebuah motosikal berpatah balik.

Rupa-rupanya insan tersebut tergesa-gesa mengutip limau nipis yang dibawanya bertaburan atas jalan raya.

Ada yang dilenyek oleh kenderaan yang lalu lalang.

Bukan hanya simpati, namun “empathy” terhadap beliau, pasukan yang berada di lokasi dengan spontan membantu mengutip limau nipis tersebut.

Kelihatan pegawai polis bantu kutipkan beberapa biji limau nipis yang bertaburan di atas jalan raya tersebut. Gambar: Facebook

Menurut beliau, beliau risau jika gajinya dipotong akibat kerugian limau nipis yang berteraburan.

Limau nipis tersebut bernilai RM3 ringgit untuk sekilogram dan 20 kilogram semuanya yang ada dalam guni tersebut.

Kejadian tersebut menginsafi diri, kadang kala kita leka, ada insan masing-masing dengan usaha, cara, kesusahan dalam mencari rezeki.

Semoga rezekinya diperluaskan.

#KisahKhidmatMasyarakat

Kelihatan pegawai polis bantu kutipkan beberapa biji limau nipis yang bertaburan di atas jalan raya tersebut. Gambar: Facebook

Terima kasih abang dan kakak polis kerana ada rasa simpati dan empati kepada penunggang tersebut.

Semoga penunggang itu dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda kerana kejujuran dan usahanya dalam mencari rezeki.

Ameen.

Sumber: FB JSJ Kontinjen Pahang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'