Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,404 kes bersamaan dengan 81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
#COVID19 🇲🇾 Terkini 1 Jun '20.
Pesakit sembuh terbaharu 5⃣1⃣
Keseluruhan 6,404 pesakit COVID-19 di Malaysia telah sembuh dan discaj atau 81.51% daripada keseluruhan kes. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/IOoQIgFHQP
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 1, 2020
Sumber: Sidang Media KKM