Siakap Keli

Pengusaha Premis Makanan Di Sabah Digesa Beroperasi Semula

KOTA KINABALU, 2 Jun — Bimbang dijangkiti COVID-19 menyebabkan ramai peniaga makanan di negeri ini masih belum beroperasi sekalipun kerajaan Sabah telah memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung hari ini berdasarkan tinjauan yang dilakukan beliau sebelum ini.

“Saya tekankan kepada peniaga, risiko dijangkiti COVID-19 adalah sangat-sangat kecil jika mereka patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti amalkan jarakan sosial, rekod nama dan nombor telefon untuk pengesanan kontak.

“Malah, jika berlaku kes, kerajaan akan bantu mensanitasikan premis dan kedai boleh dibuka semula,” katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan perubatan daripada SME Sabah di sini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi yang turut hadir berkata ada premis perniagaan yang diarah tutup selepas didapati gagal patuhi SOP, antaranya tidak melaksanakan jarakan sosial dan beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sumber: Bernama

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)