Siakap Keli

Dua Kura-Kura Peliharaan Mati ‘Kering’ Di Kampus Lepas 5 Bulan Terbiar Kerana Perintah Berkurung

Dua kura-kura peliharaan telah mati dan kering sepenuhnya selepas pemiliknya iaitu seorang pelajar telah meninggalkannya di asrama di China selama hampir lima bulan kerana terkurung disebabkan virus Covid-19.

Pelajar sarjana tahun dua itu tela memberitahu pihak media tempatan bahawa dia berpendapat bahawa penutupan itu hanya sementara dan menyangka haiwan reptilia itu akan bertahan. Pelajar berkenaan telah menunjukkan dua tulang kering kura-kura yang ditemuinya setelah dibenarkan untuk kembali ke universiti. Dia ingin menyimpan bangkai haiwan berkenaan sebagai spesimen.

Dia berkata “Saya sangat terkejut ketika melihat kura-kura dan saya sangat kecewa. Saya tidak menyangka wabak itu akan berlansung dalam masa yang lama. Jadi saya tidak membawanya pulang kerana beranggapan mereka akan baik-baik sahaja tanpa diberi makanan”.

Pelajar berkenaan telah menjaga kura-kura miliknya selama bertahun-tahun dan memperlakukannya dengan sangat berhati-hati. Dia turut memberi ikan hidup untuk makanan kepada kura-kura peliharaanya.

Ketika kisah itu didedahkan, pengguna laman web China mendapati bahawa video berkenaan agak lucu. Namun ada juga yang meminta larangan pelajar membawa dan menjaga haiwan peliharaan di dalam kediaman universiti mereka.

Puluhan juta pelajar di seluruh China telah kembali semula ke universiti mereka baru-baru ini selepas wabak di negara berkenaan mulai reda. Walaupun, sekolah dan universiti melarang pelajarnya memelihara binatang di dalam kediaman namun masih ramai yang berusaha untuk menjaga haiwan mereka dengan berhati-hati.

Sama kisahnya, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Baoshan di Provinsi Yunnan di Barat China merasa sakit apabila reptilia haiwan peliharaannya yang berusia empat tahun turut mati.

Dia mengatakan “Anak saya telah mati. Dia telah menemani saya selama 4 tahun.”

Sumber: dailymail.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa