Siakap Keli

Halmahera Indonesia Digegar Gempa Bumi Kuat 6.4 Skala Richter, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia – Met Malaysia

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Richter dilaporkan melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 4.49 petang (waktu Malaysia) pada 4 Jun 2020.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 232km Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 116km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nor Azilah