Siakap Keli

(Video) ‘Epic Battle’, Tular Rakaman Tikus Buat ‘Flying Kick’ Ke Atas Kucing

Umumnya kita mengetahui, biasanya kucing dan tikus adalah ‘musuh’ tradisi sejak turun-temurun.

Namun, perkara itu menjadi realiti dan berjaya disaksikan secara langsung di depan mata.

Seekor kucing dan seekor tikus didapati bertarung dalam satu perlawanan epik di sebuah lokasi di tepi jalan, bandar Malaga, Sepanyol.

Rakaman video tersebut mula tular sejak semalam, di mana ia hangat diperkatakan di media sosial tentang pertarungan dua haiwan jalanan tersebut.

Berdasarkan kejadian itu, seekor kucing hitam pada asalnya ingin menangkap tikus itu dengan menggunakan mulutnya.

Tapi beberapa saat selepas itu, si kucing tersebut terlompat ke belakang apabila tikus itu melompat ke arahnya dengan gaya yang garang untuk menakutkan ‘pemangsanya’ itu.

Kemudian, tikus itu melompat lagi sebanyak dua kali untuk mengejutkan kucing tersebut, sebelum dia meneruskan langkahnya dan meninggalkan kucing itu terpinga-pinga sendirian.

Individu yang merakam video berkenaan mentakrifkan perlawanan tersebut sebagai pertarungan yang epik.

Tambahan pula, dia dan kawannya mengkaitkan situasi tikus itu dengan ayat, ‘apabila tiba-tiba aku terdengar sesuatu bunyi pelik di belakang aku..’.

“Kami menemuinya dan menyaksikan satu pertarungan epik di antara seekor tikus yang membuat flying kick ke atas kucing, dan selebihnya anda boleh lihat sendiri di video,” kata individu berkenaan menerusi kapsyen video itu di Youtube.

Memandangkan ia kejadian yang melucukan, pelbagai reaksi diekspresikan oleh netizen di ruangan komen.

“Tikus itu mengingatkan saya dengan Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT)” kata pengguna bernama African Vulture.

“Tuan guru (master) Splinter wujud di sana,” kata seorang lagi pengguna, Lense LifeVlog yang merujuk kepada watak Master Splinter, guru pertahanan diri Teenage Mutant Ninja Turtles.

Watak Master Splinter dalam filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles.

Namun, pengguna embrj145 pula berpendapat, tikus itu memang layak untuk hidup.

Rakaman tersebut telah dimuat naik ke Youtube dengan tontonan sebanyak lebih 56,000 tontonan setakat pukul 8 pagi ini.

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.