Siakap Keli

TERKINI: 51 Kes Telah Pulih Dan Dibenarkan Keluar Wad Hari Ini, Jumlah Keseluruhan Cecah 6,610

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes (79.97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang