Sebuah perkampungan yang juga dikenali sebagai ‘ghost village’ kerana keadaannya yang beku dan tertanam di dasar tasik dilaporkan akan timbul semula.
Perkampungan Itali Fabbriche di Careggine itu dikatakan telah diasaskan oleh sekumpulan tukang besi pada abad ke-13 dan ia menjadi tempat yang terkenal dalam penghasilan besi.
Namun, pada tahun 1947, sebuah empangan hidroelektrik dibina dan penduduk dipindahkan ke bandar Vagli di Sotto yang berdekatan.
Setelah itu, perkampungan itu terus hilang untuk ‘selama-lamanya’ kerana ‘dibanjiri’ oleh air yang timbul akibat digali untuk membuat Tasik Vagli.
The village of Fabbriche di Careggine was founded in the 13th century by a colony of blacksmiths. It resides under the waters of the artificial lake of Vagli and emerges when the lake is cleaned for maintenance work. It has not been seen since 1994. #Italy #history pic.twitter.com/w1mPFuKT0v
— Battlemaps (@Battlemaps) June 4, 2020
Bangunan batu, perkuburan, jambatan dan gereja di kampung tersebut masih lagi kekal tersusun walaupun berada di dalam air.
Sejak pembinaan empangan, tasik tersebut dikosongkan hanya empat kali untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Kali terakhir kampung itu timbul dari kedalamannya adalah pada tahun 1994 dan ribuan orang berduyun-duyun ke Fabrbrice di Carreggine untuk berjalan-jalan.
Menurut anak perempuan kepada bekas Datuk Bandar Vagli di Sotto, ‘pekan hantu’ itu bakal muncul kembali sekali lagi dijangka pada tahun hadapan. Lorenza Giorgi mendakwa dalam catatan Facebook miliknya bahawa tasik itu akan dikosongkan pada tahun hadapan.
Saya ingin memaklumkan bahawa dari sumber tertentu saya tahu bahawa pada tahun hadapan, 2021, Danau Vagli akan dikosongkan.
Ketika tasik itu dikosongkan pada tahun 1994, sambutan orang ramai untuk melawati kawasan itu sangat menggalakkan. Disebabkan itu, besar harapannya sekiranya sebilangan besar orang akan mengulangi aktiviti melawat kawasan tersebut.
Sumber: Mirror UK