Daun kunyit selain berfungsi sebagai perasa semula jadi, ia juga menjadi pelengkap ramuan untuk menyedapkan lagi masakan rendang mahupun gulai. Namun, tidak semua masakan harian memerlukan penggunaannya. Begitu juga dengan daun kesum dan lain-lain sayur yang berdaun.
Jadi bila dibeli seikat daun kunyit dan umumnya kita hanya menggunakan sehelai dua sahaja dalam masakan. Lalu selebihnya akan disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan di lain hari.
Apa yang menjadi masalahnya adalah daun kunyit akan menjadi kering bila disimpan di dalam peti sejuk. Dan bila hendak digunakan akan timbul rasa tidak puas hati kerana daun kunyit sudah menjadi layu dan kering.
Namun begitu, usah bimbang kerana ada cara yang perlu anda tahu yang telah dikongsikan oleh Huda Zainal tentang bagaimana untuk memastikan daun kunyit yang disimpan kekal segar dalam jangka masa yang lama.




