Siakap Keli

“Genap Setahun Ainul Dibedah,” Bapa Titip Penghargaan Buat Seluruh Rakyat Malaysia Yang Prihatin

Gambar: Ahmad Safiuddin

Pada tahun lepas, rakyat Malaysia pernah menumpukan perhatian mereka terhadap seorang bayi bernama Ainul yang menghidap “Germ Cell Tumour” dan telah berjaya menjalani pembedahan.

Oleh kerana sifat terkenal rakyat Malaysia yang bermurah hati, pelbagai bantuan telah disalurkan untuk adik Ainul ini mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi merawat penyakitnya itu.

Atas usaha dan sumbangan daripada pelbagai pihak yang disertakan doa yang tidak putus-putus daripada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, adik Ainul ini berjaya dirawat dan dilaporkan sihat sehingga hari ini.

Kini, selepas setahun ianya berlalu, bapa kepada adik Ainul ini iaitu Ahmad Safiuddin ada berkongsikan tentang rasa syukurnya atas apa yang anak serta keluarganya tempuhi sepanjang itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

10 Jun 2019 – 10 Jun 20

Hari ini genap setahun tarikh ainul dibedah di Great Ormond Street London. Pada tarikh hari ini, tahun lepas, kami suami isteri sedang berada di luar dewan bedah dan menanti pengkhabaran gembira dari Dr @dramalinabakri yang berada di dalam OT bersama Doktor-Doktor yang lain.

Gambar ini diambil secara candid dari aunty kesayangan kami @halizahashimdoyle ketika kami mendapat pengkhabaran bahawa ainul telah berjaya dibedah dan semuanya selamat.

Sebagai ibu bapa, saya dan isteri memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana telah berikan kami peluang baharu dalam membesarkan Ainul Mardhiah dengan keadaan ainul yang semakin baik. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Tapi, usaha ini juga tidak akan berjaya jika tanpa pertolongan dan bantuan dari manusia-manusia kiriman Allah ( Allah gerakkan hati rakyat malaysia ) yang turut sama sama membantu baik dari segi kewangan dan juga doa kalian.

Terima kasih semua rakyat malaysia yang prihatin terhadap Ainul Mardhiah. Tidak lupa juga buat semua wakil-wakil kerajaan, wakil bukan kerajaan, embassy malaysia london, MAHB, Hospital Avisena, Para Doktor KKM, jururawat dan lain-lain.

Terima kasih Dr Amalina kerana menjadi suara kami sepanjang kami disana. Terima kasih Aunty Haliza, Aunty Zaharah, Kak Sri & Kak Shira sebab teman kami bawa kami jalan-jalan semasa di sana.

Terima kasih tak terhingga buat Dr Jaseem, Dr Guna dan Dr Razin selaku pengiring ainul pergi dan balik. ( tugas ni antara yang berat sebab 3 orang doktor ini perlu memastikan ainul selamat pergi dan balik ).

And last, Special thanks buat kakak kakak doktor kami yang menjadi peneman kami, mudahkan urusan kami sepanjang keberadaan kami di sana, Kak Fahja, Kak Najmiah & Kak Faridah.

Terima kasih semua. Anda semuanya baik hati. Hanya Allah swt dapat membalasNya.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.