Siakap Keli

”Paklong Tabik Pada Semua”, Sama-Sama Lawan COVID-19, Ismail Sabri Titip Penghargaan Buat Rakyat Malaysia

Jangkitan COVID-19 di Malaysia seakan sudah sampai ke penghujungnya.

Hari demi hari, kes jangkitan baharu semakin menurun, termasuklah hari ini yang ‘memecah’ rekod negara apabila hanya dua kes baharu sahaja yang dilaporkan, paling terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Tidak kurang juga, hari ini juga merupakan hari kedua berturut-turut tiada kes jangkitan melibatkan warga tempatan.

Syabas rakyat Malaysia.

Di sebalik pandemik ini, sekurang-kurangnya tiga sosok menjadi perhatian rakyat Malaysia dalam usaha menyelamatkan negara; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham.

Seakan sebuah keluarga, ketiga-tiga watak utama ini diberi nama gelaran masing-masing, iaitu Muhyiddin sebagai ‘abah’, Ismail Sabri sebagai ‘Pak Long Mail’ dan Dr. Hisham sebagai ‘Pak Ngah Hisham’ dan gelaran ini mula tular akhir-akhir ini.

Setiap kali menjelang pukul 2 petang, pasti Ismail Sabri akan berada di hadapan kamera untuk bersiaran langsung, melaporkan perkembangan terkini mengenai PKP pada setiap hari.

Pastinya kita semua sudah menghafal kata-kata keramat beliau, “duduk di rumah, stay at home,”.

Terkini, Ismail Sabri atau Pak Long Mail di Facebooknya menitipkan sepatah dua kata berbaur ucapan penghargaan buat rakyat Malaysia yang berjaya bersama-sama membantu memerangi wabak ini.

Maaf sekiranya saya tidak dapat membalas semua komen di posting saya.

Pak Long hanya mahu semua tahu yang Pak Long menghargai semua sahabat-sahabat dan anak-anak yang #support Pak Long.

Pak Long tabik hormat kepada semua.

Teruskan menjaga diri dan orang-orang tersayang.

Terima kasih banyak.

Pak Long Mail sayang kalian semua

Sumber: FB Ismail Sabri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'