Siakap Keli
Gambar: Bernama

Giliran Jemaah Haji Tahun Ini Akan Dibawa Ke Tahun Hadapan – Menteri Agama

YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan bahawa mereka yang tidak dapat pergi pada tahun ini keseluruhannya akan dibawa ke tahun hadapan.

Menjawab persoalan yang diajukan daripada wartawan berkenaan penundaan giliran bakal jemaah haji, beliau menyatakan bahawa giliran mereka yang telah ditetapkan pada tahun-tahun tertentu akan dibawa ke tahun berikutnya.

“Sebagaimana yang telah diputuskan bersama dengan Tabung Haji, mereka yang tidak dapat pergi pada tahun ini keseluruhannya akan dibawa ke tahun hadapan. Jadi mereka akan dibawa ke tahun hadapan kepada tahun hadapan yang lain. Dan kita akan cuba usahakan dengan sebaik mungkin”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa