Siakap Keli
taman putrajaya
Kredit: Taman-Taman Awam Putrajaya

Pemandangan Setanding Macam Eropah, Taman Ini Hanya Di Putrajaya & Ramai Tak Tahu

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Khazanah alam di Malaysia juga mempunyai pesona tersendiri yang setanding dengan keindahan di luar negara. Salah satunya adalah Taman Saujana Hijau di Putrajaya.

Menurut laman Taman-Taman Awam Putrajaya, taman ini mempunyai tiga jenis taman berkonsepkan Eropah, China dan Inggeris.

Ia juga mempunyai tumbuhan gymnosperma yang wujud sejak sebelum zaman dinosaur lagi.

Tak perlu susah-susah pergi ‘oversea’. Kalau anda datang ke Taman Saujana Hijau, ‘feeling’nya sama seperti berada di taman kat Eropah.

Kalau anda perasan, taman ini mempunyai 3 bustan (taman) iaitu Bustan Eropah, Bustan Oriental dan Bustan Inggeris. Ketiga-tiga bustan ini mempunyai wakaf yang dibina bercirikan setiap bustan iaitu rekabentuk Inggeris, China dan Eropah.

Fakta menarik Taman Hijau Saujana Putrajaya

Taman ini dikelilingi oleh tumbuhan gymnosperma seperti pokok pine, juniperus, thuja dan banyak lagi. Tumbuhan gymnosperma dikenali sebagai fosil hidup dalam kalangan saintis kerana ia telah wujud sejak zaman Devon (410-360 juta tahun lalu) sebelum era dinasour lagi.

Wah menariknya. Rugi kalau anda belum pernah singgah.

Gambar: Taman Taman Awam Putrajaya
Gambar: Taman Taman Awam Putrajaya
Gambar: Taman Taman Awam Putrajaya
Gambar: Taman Taman Awam Putrajaya
Gambar: Taman Taman Awam Putrajaya

Sumber: Taman Taman Awam Putrajaya

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.