Siakap Keli
Sumber: agensi

Sekurang-Kurangnya 20 Tentera India Maut Dalam Ketegangan Dengan Askar China Semalam

Sekurang-kurangnya 20 tentera India termasuk seorang kolonel dilaporkan terkorban ketegangan dengan tentera China dalam satu pertempuran di sempadan Himalaya semalam.

Sebelum ini, hanya tiga (3) sahaja kematian tentera yang dilaporkan sebelum menemui seramai 17 lagi yang terkorban, berdasarkan laporan semasa media-media tempatan, memetik CNN.

“Ada antara mereka cedera dan kritikal, selain keadaan suhu di sana di bawah bacaan sifar menambahkan lagi ‘kesakitan’ yang dialami,” lapor pihak tentera India.

Sementara itu, China pula melaporkan kira-kira 43 tenteranya cedera parah selepas bertempur secara ‘hand-to-hand’ yang kejam antara kedua-dua pihak pada kejadian yang sama.

Bagaimanapun, jumlah kematian sebenar tentera negara tersebut tidak diketahui.

Sumber: agensi

Mengimbas kembali, tekanan antara kedua-dua negara nuklear berkenaan semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

Namun, pertempuran hingga menyebabkan kematian seperti yang berlaku itu adalah buat kali pertama dalam sejarah dalam tempoh 40 tahun.

Ia meletus ekoran proses ‘deeskelasi’ (rundingan damai) yang sedang berjalan di Lembah Galwan di kawasan Aksai Chin-Ladakh yang dipertikaikan.

Ia berikutan sepasukan besar tentera dilaporkan telah ditempatkan di kedua-dua sempadan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

“India dan China telah berbincang melalui saluran ketenteraan dan diplomasi mengenani proses rundingan damai di kawasan sempadan di barat Ladakh,” kata jurucakap Menteri Luar Negeri, Anurag Srivastava pada Selasa (semalam).

Baca: 3 Askar India Dilapor Maut Bertempur Dengan Askar China Di Sempadan India-China

Sumber: Daily Mail, CNN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'