Siakap Keli

Dua Warga Indonesia Positif COVID-19 Di Sarawak Larikan Diri – JPBN

Gambar:BERNAMA

KUCHING, 18 Jun  — Dua warganegara Indonesia yang disahkan positif COVID-19 di Sarawak selepas menjalani saringan bagi pemohonan permit kerja telah melarikan diri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kedua-dua individu tersebut melarikan diri semasa pihak JPBN sedang menjalankan pengesanan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.

“Pihak majikan perlu berwaspada dan membuat laporan kepada pihak polis sekiranya mendapati dua pekerja (dari luar) cuba menyembunyikan diri di tempat mereka,” menurut kenyataan itu.

Selepas beberapa kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerja asing beberapa hari lepas, JPBN menasihati semua majikan untuk membuat saringan terhadap semua pekerja mereka, khususnya pekerja asing.

Sarawak hari ini mencatatkan empat kes positif COVID-19, iaitu dua kes membabitkan warga tempatan manakala dua lagi warganegara Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif setakat ini 565 kes.

— BERNAMA

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.