Siakap Keli
Gambar: Bernama

Mayat Bayi Lelaki Ditemukan Terapung Di Pantai Pengkalan Maras

KUALA NERUS, 17 Jun (Bernama) — Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan terapung di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata mayat bayi tersebut ditemukan pada 3.30 petang oleh orang awam yang berada di pesisir pantai itu sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right