Siakap Keli

Viral Gambar “Runner” Berbasikal, Individu Pemurah Cari Abang Food Panda Ini, Mahu Berikannya Motosikal

Tular sejak semalam, sekeping gambar menyentuh hati memaparkan seorang penghantar makanan yang menaiki basikal dipercayai untuk mengantar makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Perkongsian tersebut ternyata menyentuh hati ramai warganet dan rata-ratanya kagum akan sikap terpuji lelaki tersebut yang tidak memilih pekerjaan dalam mencari rezeki yang halal.

Susulan itu, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk Seri Sanjeevan Ramakrisnan, menerusi perkongsian di Twitter hari ini meminta sesiapa yang mengenali lelaki tersebut untuk berhubung dengan beliau.

Menurut Sanjeevan, beliau akan membantu lelaki berkenaan mungkin dengan memberikannya motosikal bagi memudahkan lelaki tersebut untuk bekerja.

Perkongsian yang mendapat 2.7 ribu ‘tanda suka’ dan 3.9 ribu ‘ulang kicau’ itu ternyata menarik perhatian rata-rata netizen yang memuji usaha murni tersebut.

Malah, ada yang mendakwa mengenali ibu kepada tersebut yang dikatakan hanya bekerja sebagai pengutip kotak.

Mak dia selalu kutip kotak

Mulia hati kamu bro

Terima kasih kami ucapkan, semoga usaha murni untuk membantu lelaki ini dipermudahkan.

Sumber: @SanjeevanSS

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.