Siakap Keli

Tak Dapat Bayar Kos ‘Swab Test’, Ibu Ini Kehilangan Bayi Dalam Kandungan

MAKASSAR – Seorang penduduk Makassar, Ervina Yana kehilangan bayinya yang belum lahir ketika hendak bersalin.

Si ibu terganggu oleh saringan kesihatan Covid-19 sebelum melahirkan, kerana dia tidak mempunyai wang untuk membiayai saringan tersebut.

Wakil Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman, Rabu (17/06/2020) mengunjungi Ervina, yang bayinya telah meninggal dunia dalam rahim kerana mengalami masalah tidak dapat menjalani saringan kesihatan Covid-19.

Wakil Gabenor datang untuk berkoordinasi dengan Hospital Ananda mengenai kes Ervina. Sementara itu, Ikatan Doktor Indonesia Kota Makassar mengatakan, kejadian itu bermula ketika Ervina melakukan pemeriksaan di Rumah Sakit Stella Maris, dan pesakit didapati mempunyai diabetes.

Pesakit kemudian menjalani ‘swab test’ mengikut prosedur untuk wanita hamil semasa pandemik Coronavirus. Ervina datang ke Hospital Makassar Stella Maris pada 10 Jun, tidak dirawat kerana ketika ‘swab test’ didapati reaktif.

Ervina diminta untuk melakukan ‘swab test’ dua kali, dengan jumlah kos 4.6 juta rupiah, tetapi kerana dia tidak mempunyai wang, Ervina memilih untuk mengkuarantinkan diri. Ervina pergi ke hospital Universiti Hasanuddin untuk ujian swab, dengan harapan ujian swab di Hospital Universiti Hasanuddin dapat dilakukan secara percuma. Namun, Hospital Universiti Hasanuddin enggan mengambil ujian swab kerana bertujuan untuk melahirkan anak.

Pada 16 Jun, Ervina mendapati bayinya tidak bergerak lagi. Dengan bantuan Hospital Ananda, Ervina kemudian dirawat di hospital. Hospital Ananda mengatakan ketika dia tiba, Ervina mengadu tentang bayi dalam kandungannya. Selanjutnya, pihak hospital melakukan ultrasound dan hasilnya bayi tersebut telah meninggal dunia di dalam kandungan. Rabu lalu, bayi Ervina yang meninggal dunia di perut berjaya dikeluarkan.

Ervina kini dirawat di Hospital Wahidin Sudirohusodo di Makassar. Bayi Ervina dikebumikan mengikut protokol Covid-19.

Memetik dari akaun doktor yang merawat Ervina, hasil daripada ‘swab test’, Ervina disahkan positif Covid-19.

Sumber: Kompas.com

Nor Azilah