Siakap Keli

Cadangan Buka Sempadan 6 Negara Zon Hijau Masih Belum Dapat Persetujuan – Dr Noor Hisham

Cadangan bagi pembukaan sempadan antarabangsa kepada enam negara zon hijau yang telah dikenalpasti masih berada di peringkat awal kerana belum mendapat persetujuan daripada semua negara yang terlibat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seperti memetik laporan daripada Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), perbincangan telah dilakukan melibatkan KKM dan Kementerian Luar Negeri.

Namun, sehingga kini ianya belum mencapai kata sepakat.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan ingin membuka sempadan antarabangsa secara bersyarat dengan negara dari zon hijau iaitu Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Bagaimanapun ia perlu melalui persetujuan bersama antara Malaysia dan negara berkenaan untuk dilaksanakan prosedur operasi standard (SOP) secara dua hala yang kini masih berada dalam perbincangan.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.