Siakap Keli
Gambar: upi.com

Sakit Kepala Bawa Tuah, Wanita Di Virginia Menang Loteri US$500,000

Sakit kepala yang dialami seorang wanita di Virginia membawa tuah kepadanya apabila memenangi loteri bernilai US$500,000, lapor United Press International (UPI) pada Rabu.

Olga Ritchie, dari Henrico, memberitahu pegawai Lotre Virginia yang beliau mengalami sakit kepala baru-baru ini dan pergi ke Tony Market  untuk membeli ubat.

Kemudian beliau memutuskan untuk membeli tiket loteri dan tidak menyangka akan menang.

“Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Saya hampir pengsan!,” katanya.

Ritchie merancang menggunakan wang kemenangan itu untuk mengubah suai rumah dan menyimpan.

“Sekarang saya bersyukur kerana sakit kepala…ternyata hari itu membawa tuah kepada saya”, katanya.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right