Siakap Keli

(Video) Mungkin Berasa Panas, Gelagat Anjing Alih Kipas Menghala Ke Sangkar Tarik Perhatian Ramai

Selain kucing, anjing juga mempunyai telatah yang tersendiri dan mencuit hati. Mana tidaknya, haiwan-haiwan peliharaan ini sentiasa melakukan sesuatu perkara secara spontan.

Dalam satu video yang dikongsikan dilaman Twitter tombkeeper, menunjukkan seekor anjing telah menggerakkan kipas yang berada di atas meja untuk menghala ke sangkarnya kerana mungkin berasa panas. Tindakan spontan anjing itu telah mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Telatah anjing berkenaan tidak ubah seperti tindakan seorang manusia.

Selepas mengalihkan arah kipas tersebut, ia dilihat kembali masuk ke dalam sangkarnya sebelum disedari oleh pemiliknya. Anjing tersebut yang menutup pintu sangkarnya dan terus berbaring telah membuatkan ramai yang terhibur.

Video ini telah mendapat sebanyak 169.6k ulang kicau dan 316.1k disukai. Gelagat yang ditonjolkan oleh anjing tersebut sangat spontan dan telah mengundang tawa ramai.

Sumber: Twitter

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa