Siakap Keli
Gambar: Khairunnisa Hamzah

Tak Sempat Masak Lauk, Wanita Imbas Memori Ibu Saudara Meninggal Sebelum Siap Memasak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang masih tidak menyedari bahawa waktu bersama keluarga adalah sangat berharga dan tidak akan mampu untuk diulangi semula.

Mungkin dilihat kecil namun memasak dan duduk makan semeja bersama ahli keluarga juga merupakan nikmat yang tidak semua dapat rasai.

Kiriman yang dikongsikan oleh Khairunnisa Hamzah ini membuka mata mengenai kesempatan waktu yang ada bersama ahli keluarga yang sememangnya perlu dihargai oleh setiap orang.

“Ibu masak nasi je. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu mati”

Sebaik adik sedara saya cakap begini, ramai yang menangis teresak-esak. Dan setiap kali saya tanak nasi, hati saya berdebar-debar. Sempatkah aku masakkan lauknya?

Bila tadi sakit di dada datang menyerang, segera saya gorengkan nasinya. Dengan harapan, sempat anak-anak makan.

Mana mungkin saya lupakan kejadian yang menimpa makcik sedara kesayangan saya pada tahun 2005 yang lalu.

Tidak akan pernah dilupakan.

Dalam keadaan sihat, tiada apa-apa kecemasan, tetapi sebaik takdir memanggilnya pulang, maka, pulanglah makcik ketika berusia 39 tahun.

Ketika sudah selesai Hajinya.
Ketika sudah mendidik anak-anaknya dengan baik, no. 1 dalam kelas setiap tahun.
Ketika dia sedang taat kepada suaminya.
Ketika dia sudah menjelajah serata dunia.

Pagi itu, dalam pukul 11 pagi, macam biasa makcik call ibu saya dan berborak dalam telefon. Bertanyakan juadah apa yang akan di masak tengah hari itu?

Tatkala dapat panggilan dari suaminya pukul 3 petang yang mengatakan makcik sudah tiada, mana ibu saya mahu percaya!

Terus ke rumah mereka.
Ambulans sampai.
Ibu naik sekali ambulans.
Ibu gosok-gosok tapak kaki adiknya.
Ibu mahu panaskan kakinya.
Mahu darah mengalir semula.

Tapi Allah lebih Maha Penyayang.
Diambilnya makcik juga.

Kata si anak yang baru mula petah bercakap, baru 4 tahun,

“Ibu makan buah oren. Lepas tu ibu sakit perut. Ibu naik atas ambil bam nak sapu perut. Lepas tu ibu mati”

Bila kami tanya dia dah makan?
Lalu dia jawab

“Ibu masak nasi saja. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu ibu dah mati”

Allahuakhbar

Al-Fatihah buat arwah makcik saya.
Sabariah binti Mohd

Andai kata hari ini kita kena masak untuk keluarga, masaklah dengan ikhlas dan gembira. Kerana mungkin itu kali terakhir kita masak untuk mereka 

Mommy Dekor
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah
Dekor Dekor Cinta
http://bit.ly/DekorDekorCinta

Gambar: Khairunnisa Hamzah

Sumber: Khairunnisa Hamzah 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa