Siakap Keli
Gambar: Bernama

Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di Sembilan Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 5 petang ini adalah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Perlis

Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling).

Perak: (Hulu Perak)

Kelantan: (Jeli)

Pahang: (Rompin)

Johor: (Segamat, Kluang dan Mersing)

Sarawak: (Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat

Labuan

Orang ramai yang pulang daripada kerja atau mahu melakukan aktiviti riadah pada petang ini dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa