Siakap Keli

(Video) “Dia Lapar Dan Dahaga,” Rakaman Askar Suap Warga Emas Kelaparan Tepi Jalan Raih Pujian Ramai

Seorang Panglima Tentera Daerah di Gorontalo, Indonesia tular di media sosial kerana tindakan mulianya yang membantu seorang warga emas di tepi jalan.

Leftenan Kolonel Arm, Fristya Andrean Gitrias adalah Panglima Tentera Daerah 1314 Gorontalo Utara dan Daerah Gorontalo.

Kejadian itu bermula ketika dia hendak memasuki farmasi untuk membeli multivitamin untuk anggotanya yang bertugas di lapangan.

Menurut Kompas Tv, leftenan itu tiba-tiba terlihat seorang warga emas berusia 80 tahun yang tidak berdaya di pinggir jalan. Saat didekati, warga emas tersebut mengaku kehausan dan kelaparan.

“Dia mengatakan bahawa dia dahaga dan lapar, lalu saya memberinya makanan. Kemudian dia mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang jadi saya memberikannya sedikit wang tambahan,” kata Fristya ketika ditemubual oleh Kompas TV.

Fristya kemudian meminta anggotanya untuk membelikan air minuman dan makanan untuk warga emas tersebut.

Sumber: Kompas TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa