Siakap Keli
Kredit: Google

“Jangan Seronok Sangat Keluarga Lelaki Datang Meminang”, Pensyarah Bagi Nasihat Padu Untuk Wanita, Buat Ramai Tersentak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keberantakan rumah tangga merupakan mimpi ngeri setiap pasangan dan keluarga. Ia bukan sahaja menjejaskan hubungan suami isteri, malah memberi kesan terhadap kehidupan anak-anak.

Justeru, pemilihan calon pasangan amat penting dalam hidup terutamanya bagi wanita.

Baru-baru ini, seorang pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah memberi beberapa pesanan buat masyarakat, khususnya wanita yang bakal mendirikan rumah tangga.

Menurut Profesor Madya Yasmin Hanani Mohd Safian, keluarga wanita perlu menyiasat latar belakang calon suami agar tidak terjebak dengan perkahwinan yang akhirnya membebankan isteri dan merosakkan hubungan. Pesanan beliau mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan lebih 9 ribu perkongsian di Facebook.

Kes benar

Lelaki penagih, isteri kerja kerajaan.
Bila suami kena tahan di lokap, keluarga lelaki cari si isteri minta tolong jamin dari lokap.
Keluar masuk lokap, keluarga lelaki suruh isteri jamin.
Bila isteri nak minta cerai, keluarga lelaki tak bagi. Yelah siapa nak tanggung anak depa.

Mak bapa, abang-abang si lelaki semua sama dalam kes ni.
Jangan tak tahu ramai keluarga mengahwinkan anak lelaki mereka yang bermasalah agar isteri boleh jaga anak lelaki mereka.
Yang penagih
Yang gay
Yang kaki hutang sana sini.

Isteri profesional juga ramai yang begini. Tak tahu sebab apa. HR ada data berapa ramai pekerja wanita berhutang jauh dari kemampuan kerana suami tak bertanggungjawab. Hutang kereta, rumah semua atas nama isteri.

Jadi orang perempuan jangan la seronok sangat kalau keluarga lelaki datang meminang.

Maaf kan bahasa saya kasar.
Wanita dan keluarga wanita perlu tegas.
Tak rugi eh tolak pinangan orang.
Yang pandai cakap
Yang nampak hebat
Tulah yang bahaya.

Orang Arab berkali-kali pesan, lelaki walaupun solatnya sepanjang malam dan rajin puasa sunat, tetapi kedekut dengan anak isteri, bukanlah suami yang baik. Culas nafkah bukan perkara kecil.

Namun, kita bukanlah mendesak, cukuplah lelaki itu bersungguh bekerja. Rezeki tu Allah tentukan. Tapi kalau kerja pun malas, hutang pun atas nama isteri, hmm krik krik sajalah.

Alaa isteri sedekah saja pada suami, tak, bukan macam tu.
Sebab tu orang Arab sangat teliti bab lelaki pinang anak mereka.

Anak perempuan bukan bab mahar saja yang dibincangkan tapi penilaian risiko itu perlu dilakukan, tazkiah latar belakang.

Janganlah rasa tersinggung kalau bakal mertua periksa CTOS CCRIS PTPTN. Itu perkara asas bagi seorang lelaki iaitu kemampuan bayar nafkah.

Maka akan berkatalah (sebahagian) lelaki, hmm macam ni banyak la zina, nak kahwin susah.

Yang cakap macam ni sebab nak free seks sahaja. Nak seks tapi taknak bayar nafkah. Bila berkahwin kita kena bekerja, kalau tak kahwin pun memang kita kena bekerja untuk nafkah diri kita juga, kan.

Sumber:  ياسمين حناني محمد سفيان

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.