Siakap Keli
covid-19 brazil
Kredit: Google

Catat 620 Korban Sehari, Kematian Akibat COVID-19 Di Brazil Cecah 65,000

MOSCOW, 7 Julai (Bernama) — Angka kematian akibat COVID-19 di Brazil meningkat sebanyak 620 dalam tempoh 24 jam kepada 65,487, lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan Menteri Kesihatan negara itu.

Jumlah kes juga meningkat sebanyak 20,229 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,623,284, kata kementerian itu.

Sehari sebelumnya, jumlah kematian meningkat 602 orang dan jumlah kes yang disahkan naik sebanyak 26,000.

Sebanyak 927,292 orang telah pulih daripada COVID-19 sejak wabak itu bermula.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai pandemik pada 11 Mac.

Menurut WHO, jumlah kematian COVID-19 global telah melebihi 532,000 orang, dengan jumlah kes di seluruh dunia melebihi 11.3 juta.

Sejajar dengan data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 11.5 juta, dengan lebih 536,000 kematian dan lebih 6.2 juta pemulihan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.