Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Macam Mana Boleh Sangkut Kat Rambut,” Telatah Kanak-Kanak Ini Diusik Bapa Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sebagai ibu bapa, pelbagai cabaran yang getir perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Pun begitu, tidak semua karenah anak-anak memberikan tekanan. Terkadang celoteh serta keletah yang tidak terjangka pastinya akan mengundang gelak tawa ibu bapa dan ia mungkin akan menjadi momen manis dalam membesarkan anak-anak.

Terbaru, video yang dikongsikan oleh Mohd Akmal Mahadi yang memaparkan keadaan anaknya yang menangis kerana kereta mainan yang tersangkut di rambutnya telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Menerusi video itu, tangisan anaknya semakin kuat apabila beliau ‘mengusik’ keletah anaknya itu.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kereta mainan tersebut boleh tersangkut di rambut kanak-kanak itu.

Menerusi ruangan komen di kiriman Facebook Mohd Akmal, ramai yang nyata terhibur dengan video tersebut.

Sumber: Mohd Akmal Mahadi