Siakap Keli

Apa Itu OPR, Kenapa Diturunkan & Perlu Ke Rakyat Malaysia Tahu? Ikuti Penjelasan Ahli Ekonomi Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selaku pengguna perkhidmatan perbankan, anda pernah dengar apa itu OPR?

OPR atau istilahnya Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) digunakan untuk mengawal polisi monetari ringgit supaya berada pada tahap yang baik agar tidak berlaku sebarang defisit ekonomi.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan, langkah Malaysia mengurangkan OPR kepada kadar terendah sebanyak 1.75 peratus daripada 2.00 peratus sebelum ini, didorong oleh keadaan ekonomi global yang masih pada awal tahap pemulihan pandemik COVID-19.

Gambar sekadar hiasan.

Menurutnya, berdasarkan jangkaan pelbagai agensi seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, lebih 150 daripada 195 negara di seluruh dunia dijangka merekodkan penguncupan ekonomi pada tahun ini.

“Keputusan menurunkan kadar OPR ternyata bertujuan mempercepatkan kadar pemulihan dan seterusnya merangsang ekonomi negara,” katanya, memetik laporan BERNAMA pada 7 Julai lalu.

BACA: Penurunan OPR didorong keadaan ekonomi global – Tengku Zafrul

Justeru, apa yang anda faham mengenai OPR dan apa kaitan manfaatnya kepada anda selaku pengguna?

Mari ikut penjelasan mudah daripada seorang ahli ekonomi, Ikmal Nordin yang dikongsikan menerusi Twitternya seperti bebenang di bawah.

Sumber: Ikmal Nordin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.