Siakap Keli

(Video) Rakaman Burung Dalam Keadaan ‘Beku’ Di Udara Cetus ‘Teori Liar’ Dalam Kalangan Netizen

Rakaman seekor burung menjadi seakan ‘beku’ ketika di udara cetus pelbagai ‘teori-teori liar’ dalam kalangan warganet.

Menurut Daily Star, insiden yang membingungkan itu terjadi di kawasan kejiranan Tuluá Valle, di Colombia, pada hari Khamis, 9 Julai, dan berjaya dirakam oleh penduduk tempatan.

Rakaman yang mula-mula dikongsi oleh pengguna Twitter bernama “Hechizero” memaparkan burung putih yang tidak bergerak dengan sayap yang terbuka melebar di ruang udara sebuah rumah.

Pejalan kaki serta penunggang motosikal yang bingung akan perkara tersebut telah berhenti untuk menyaksikan insiden yang pelik itu.

Video rakaman tersebut telah dikongsi baru-baru ini di akaun Instagram seorang warganet dengan kapsyen: “Terdapat burung merpati yang berada dalam keadaan statik berdekatan dengan menara antena 4G dan rasanya tidak ada wayar di situ. Tuluá Valle.”

Ada warganet yang mempunyai penjelasan yang agak masuk akal mendakwa bahawa burung itu telah terperangkap pada wayar yang nipis yang tidak boleh dilihat di dalam video.

“Kabelnya mungkin lebih nipis daripada yang terdapat dalam gambar ini, ianya telah menyebabkan burung malang itu tersekat, boleh dilihat pada awalnya burung itu ada bergoyang sedikit,” tulis seorang warganet dalam ruangan komen.

Warganet yang lain turut menyatakan bahawa:”Ada empat kabel yang tidak dapat dilihat, ianya terletak pada tiang elektrik lain, burung merpati itu tersangkut di situlah.”

Pun begitu, pelbagai lagi spekulasi yang diberikan oleh netizen dan antaranya ialah menganggap objek tersebut sebenarnya adalah ‘drone’. Walau bagaimanapun, masih belum ada maklumat tambahan berhubung rakaman tersebut.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa