Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Bayi 15 Bulan Dilaporkan Maut Akibat Renjatan Elektrik Dari Reban Ayam Di Rumahnya

Seorang bayi maut akibat renjatan elektrik ketika bermain sekitar reban ayam dihalaman rumahnya di Desa Wukisari, Kabupaten Imogiri, Kabupaten Bantul, Yogyajakarta, lapor Tribunnews.

Reban ayam berkenaan diperbuat daripada dawai besi yang dilengkapi dengan lampu elektrik.

Menurut portal itu, bayi berkenaan dengan tidak sengaja memegang reban ayam tersebut, menyebabkan dia terkena renjatan elektrik secara automatik. Ketika ibu bapanya mendengar jeritan bayi berkenaan, mereka melihat bayi itu terbaring bersebelahan dengan reban ayam dan masih bernafas.

Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital terdekat. Namun, sebaik sahaja sampai di hospital doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak lagi bernafas dan dipercayai telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menurut pasukan perubatan, mayat bayi berkenaan tidak mempunyai tanda-tanda penderaan atau unsur segaja. Kejadian yang berlaku adalah kemalangan semata-mata.

Sumber: Tribunnews

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa