Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 9 Kes Baharu Dilaporkan Termasuk 6 Kes Penularan Tempatan – KKM

PUTRAJAYA, 23 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat sembilan (9) kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kini meningkat ke 8,840 kes.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif pula mencatatkan sebanyak 143 kes.

Daripada sembilan (9) kes baharu tersebut, tiga (3) daripadanya merupakan kes import, iaitu dari Singapura, India dan Filipina.

Manakala enam (6) kes lagi melibatkan penularan tempatan.

Daripada enam (6) kes tersebut, dua (2) daripadanya adalah melibatkan warga asing, masing-masing merupakan kes saringan sebelum dibebaskan dari penjara di Sabah dan Kelantan.

Dalam pada itu, empat (4) lagi adalah dalam kalangan warganegara tempatan dan keempat-empat kes tersebut adalah di Sarawak.

Satu (1) kes daripada kluster pasar, satu (1) kes daripada kluster Hospital Sentosa, satu (1) kes daripada kluster kejuruteraan di Kuching dan satu (1) kes lagi masih dalam siasatan.

Selain itu, tiada kematian terkini dicatatkan, angka kekal 123 kes.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.